1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

09 Januari 2011

DBKL lancar peta The Little India @Brickfields



AHMAD Fuad Ismail bersama Ahli Majlis Badan Warisan Malaysia, Ismail Adam (tengah), Michael Yap (kanan) diberi penerangan mengenai Brickfields oleh Vatsala Sivadas (kiri) dan Shweta Rajkumar pada Majlis Pelancaran Little India @ Brickfields Guided Tour di Kelab Sukan DBKL, Kuala Lumpur, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan peta 'The Little India @Brickfields' dan menawarkan lawatan berjalan kaki secara percuma kepada pelancong. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail memberitahu, DBKL juga akan memperkenalkan beberapa lagi lawatan berjalan kaki percuma untuk pelancong di beberapa kawasan lain.
"Kawasan terlibat adalah Kampung Baru dan Jalan Petaling serta akan menerbitkan lebih banyak peta pelancongan melibatkan kawasan pelancongan di ibu kota," katanya.
Beliau ditemui selepas melancarkan peta 'The Little India @Brickfields' dan lawatan berjalan kaki secara percuma untuk pelancong serta meninjau tempat-tempat menarik di Brickfields di sini hari ini.
Turut hadir Ahli Majlis Badan Warisan Malaysia, Datuk Ismail Adam dan Pengarah Eksekutif MRCB, Datuk Ahmad Zaki Zahid.
Lawatan berjalan kaki secara percuma untuk pelancong hanya beroperasi pada Sabtu minggu pertama dan ketiga bermula di Wisma YMCA, Jalan Tun Sambathan 4 pada pukul 8 pagi yang akan dikendalikan pemandu pelancong berlesen dalam bahasa Inggeris serta mengambil masa selama dua jam setengah.
Lawatan itu bagi membolehkan pelancong mengetahui sejarah, komuniti, kebudayaan dan perniagaan di kawasan Brickfields yang baru dibangunkan semula yang mana fasa satu melibatkan peruntukan RM100 juta dan fasa kedua pula sedang dilaksanakan.
Ahmad Fuad memberitahu, DBKL melihat pelancongan merupakan satu daripada mekanisme untuk meningkatkan ekonomi penduduk ibu kota.
Katanya, pada tahun ini DBKL akan meningkatkan usaha memberi perkhidmatan dan infrastruktur pelancongan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong yang mana dijangkakan lebih 12 juta akan melawat Kuala Lumpur tahun ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails