1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

21 Disember 2010

Tarikan terbaru di Pulau Pinang


Dataran Teratai yang sedang dalam pembinaan di Taman Botani, Pulau Pinang, semalam.

Bekas tapak pintu gerbang Taman Botani di sini yang terpaksa dirobohkan berikutan bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa pembinaannya tidak mesra alam akan berubah menjadi taman terapung terbesar dan tercantik di negara ini. Dinamakan Dataran Teratai, ia meliputi kawasan seluas separuh padang bola sepak yang mempunyai tujuh kolam dan bakal ditanam dengan pelbagai tumbuhan menarik termasuk teratai gergasi serta pokok unik dibawa khas dari Madagascar.
Pakar botani, Dr. Francis Ng berkata, kerja-kerja penanaman tumbuhan tersebut akan dimulakan Isnin ini dan taman tersebut dijangka dibuka kepada orang ramai pada Mac tahun depan.
Menurutnya, projek oleh Kementerian Pelancongan bernilai RM1.5 juta itu merupakan taman terapung pertama dibina secara terancang di negara ini.
"Taman ini bakal dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan seperti teratai gergasi bergaris pusat 1.8 meter dan pokok unik dari Madagascar digelar Victoria Amazonica yang seakan-akan pokok keladi setinggi dua meter.
"Tumbuhan-tumbuhan ini amat jarang boleh dilihat di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada Jun lalu, pintu gerbang Taman Botani yang baru dibina dirobohkan atas permintaan orang ramai serta bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa pembinaannya tidak mesra alam sekitar dan condong hingga boleh membahayakan pengunjung.
Pintu gerbang bernilai RM150,000 itu dirobohkan dengan kos RM80,000.
Kerja-kerja perobohan yang memakan masa enam hari dilakukan pada sebelah malam atas faktor keselamatan.
Sementara itu, Pengerusi Jabatan Botani Pulau Pinang, Datuk Tengku Idaura Tengku Ibrahim memberitahu, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada pelbagai pihak termasuk NGO mengenai pembinaan taman terapung tersebut.
Jelasnya, ia akan menjadi daya tarikan baru kepada pengunjung ke Taman Botani.

Sempena cuti sekolah ini, saya mahu ajak semuanya boleh pergi ke Sunway Lagoon. Utk maklumat lanjut, boleh pergi laman web: http://www.sunwaylagoon.com/

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails