1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

16 Julai 2010

Tenyok Rimba Community Resort (TRCR)




Air terjun di TRCR antara tempat menarik dikunjungi pelancong.


Ingin melarikan diri daripada hiruk-pikuk kota raya seketika, Tenyok Rimba Community Resort (TRCR) merupakan destinasi yang paling sesuai untuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi.
Terletak kira-kira 300 kilometer dari Miri atau lima jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda, TRCR adalah warisan semula jadi yang terletak di kawasan hutan asli di hulu Sungai Tenyok, Apoh dalam daerah Baram.
Sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mengutamakan pengurusan mapan, Tenyok Rimba menyediakan produk pelancongan yang unik kerana kawasan sekitarnya merupakan penempatan kaum Penan dan rumah panjang kaum Kayan.
Penyelaras Program Pelancongan TRCR, Jok Eng Jok berkata, pada pertengahan tahun 80-an, kawasan Hulu Sungai Tenyok menjadi tumpuan aktiviti pembalakan kerana kawasan tersebut kaya dengan pelbagai jenis pokok balak yang berkualiti tinggi.
''Hari demi hari aktiviti pembalakan semakin giat dijalankan menyebabkan wujudnya keadaan tidak seimbang dalam ekologi, geologi dan hidrologi setempat.
''Penebangan pokok secara berleluasa dan berterusan menyebabkan flora dan fauna seperti binatang, burung dan hidupan lain semakin pupus malah kegiatan pembalakan turut menyebabkan kualiti sungai terjejas teruk," katanya menceritakan detik awal penubuhan TRCR kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Daripada kesedaran itu, penduduk di Long Bedian merasakan satu langkah perlu diambil untuk melindungi dan memulihara kawasan hulu Sungai Tenyok.
Menurut Eng Jok, usaha ini telah dirintis oleh anak tempatan iaitu Wan Emang Wan yang mencadangkan agar kawasan itu dibangunkan sebagai pusat pelancongan bagi mengekalkan keindahan flora dan fauna.
''Sejak ditubuhkan pada 2004, TRCR yang terletak berhampiran dengan Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Loagan Bunut kini terus menyumbang ke arah memajukan industri pelancongan khususnya di utara Sarawak," katanya.
Dengan keluasan kira-kira 24,000 hektar, TRCR begitu kaya dengan spesies flora dan fauna, gunung ganang iaitu Gunung Mulong Uma dan sepuluh air terjun di kawasan hulu Sungai Tenyok.
Utusan Malaysia yang berpeluang berkunjung ke resort ini baru-baru ini dapat menyaksikan kawasan tersebut yang dikelilingi gunung ganang masih tebal dengan hutan tropika.
Sementara itu, sungai yang mengalir di celah-celah gunung dan tebing serta dasar yang berbatu tua membuatkan air pergunungan itu jernih dan sejuk sehingga membuat lutut menggigil.
Penulis difahamkan, masyarakat Long Bedian melihat kekayaan alam semulajadi yang mana pokok-pokoknya adalah yang tertua di dunia begitu eksotik, merupakan satu potensi besar yang dapat dimanfaatkan melalui kegiatan pelancongan.
Selain itu, keunikan kaum Kayan dan Penan di kawasan ini turut menambah keunikan pelancongan di sini terutama bagi pelancong yang gemarkan sesuatu kelainan.
Menurut Eng Jok, projek pelancongan TRCR merupakan satu-satunya aktiviti resort yang pernah dilakukan di Sarawak oleh sesuatu komuniti di pedalaman.
''Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak telah memperuntukkan RM100,000 sebagai modal permulaan untuk membina tiga buah calet dan sebuah dewan serbaguna," katanya.
Bagi mengetengahkan TRCR ke dunia luar, TRCR turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Warisan, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan pihak swasta.
Jelas Eng Jok, ketibaan para pelancong membawa perubahan yang ketara kepada kegiatan ekonomi dan peningkatan pendapatan penduduk yang terlibat di Long Bedian.
''Projek resort ini telah menyediakan peluang alternatif kepada masyarakat Kampung Long Bedian untuk menyara hidup dan seterusnya mempelbagaikan kegiatan ekonomi.
''Ini dapat dilihat melalui program homestay, pengangkutan, kedai runcit, ternakan ikan tawar dan pemasaran hasil kraf tangan yang dilaksanakan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini," katanya.
Berdasarkan statistik ketibaan pelancong dalam dan luar negara, seramai 585 pelancong telah melawat TRCR pada 2008 dan jumlah ini terus meningkat kepada 605 pelancong pada tahun lalu manakala sejumlah 430 pelancong setakat Jun tahun ini.
''Berdasarkan perkembangan ini, kita yakin jumlah pelancong melawat TRCR akan melepasi angka sasaran iaitu 500 pelancong setahun.
''Usaha ini tidak mustahil kerana kita sentiasa menyediakan pakej yang menarik mengikut kesesuaian dan permintaan pelancong atau pelawat," kata Eng Jok.
Beliau berkata, pelaksanaan resort ini bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup masyarakat namun berjaya mengurangkan penghijrahan penduduk Kampung Long Bedian ke bandar.
Pada masa sama, katanya, TRCR memberi peluang pekerjaan kepada ramai penduduk kampung dan mereka dapat menjual hasil jualan seperti kraftangan, sayur-sayuran dan sebagainya.
Selain itu, tambahnya, paling ketara adalah pergaulan dengan pelancong atau pelawat telah meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di kalangan penduduk tempatan.
''Keadaan tersebut juga telah menghidup dan mengekalkan aktiviti seni dan kebudayaan tradisional masyarakat Kayan dan Penan di Kampung Long Bedian," katanya.
Bagi meningkatkan tarikan dan keupayaan TRCR untuk menerima jumlah pelancong yang besar, Jawatankuasa Kemajuan dan Kampung (JKKK) Long Bedian mulai tahun 2007 telah membuat perancangan strategik dalam masa lima tahun.
Antara aktiviti yang diadakan ialah meningkatkan kemahiran kakitangan resort melalui latihan dari semasa ke semasa dan menaik taraf kemudahan seperti calet dan jambatan gantung.
Untuk perancangan jangka panjang pula, TRCR sedang giat membuat aktiviti promosi dan pemasaran melalui kerjasama pintar dengan badan atau agensi pelancongan seperti Taman Negara Gunung Mulu.
''Kita juga dalam perancangan memasang mini hidro untuk membekalkan elektrik di samping mengemaskini maklumat dalam laman sesawang Long Bedian," katanya sambil menambah jawatankuasa turut berminat menjadikan penempatan Penan di kawasan berhampiran sebagai produk untuk dilawati pelancong.
Selain itu, penduduk Long Bedian di bawah Koperasi Jukdian Bersatu Miri Berhad telah menubuhkan Tapun Homestay bagi menampung kedatangan pelancong dan pelawat yang kian meningkat.
Menurut Eng Jok, Tapun Homestay ini mengandungi 12 bilik, dapur, bilik mandi, tandas, kedai kraf tangan, ruang bilik yang sesuai untuk mengadakan seminar atau kursus di samping ruang tamu yang dilengkapi dengan Astro.
Katanya, sewa yang dikenakan amat berpatutan iaitu sewaan bilik dua katil sebanyak RM50 dan makanan RM43 seorang termasuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
''Bagi memudahkan pengunjung datang ke Tenyok, kita turut menyediakan pengangkutan dari Miri dengan kadar caj RM85 seorang atau RM450 berkumpulan untuk perjalanan sehala," tambahnya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails