1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

17 April 2010

Gaun bertatah berlian RM400,000 di Muzium Negara


Kamaruddin Siaraf (tiga dari kiri) bersama personaliti yang turut hadir pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam. 

Gaun bertatah berlian berharga RM400,000 serta gaun dan barangan kemas yang dipakai selebriti terkenal termasuk penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza adalah antara tarikan untuk menggamit pengunjung ke Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara yang bermula hari ini hingga 16 Mei. Gaun berharga RM400,000 milik pengasas Jewellery Circles Sdn Bhd, Winnie Sin, yang dipakainya semasa menghadiri malam Gala 4 Diva mempunyai lebih seribu butir mutiara dan busana itu adalah hasil rekaan pereka tanah air, Khoon Hooi.
Pameran Pesona Mutiara Rafflesia itu anjuran Jewellery Circles dan Muzium Negara.
Pengarah Urusan Jewellery Circles, Sin Cheang Loong berkata beliau mendapat ilham untuk mengadakan pameran gaun dan aksesori selebriti itu semasa isterinya Winnie mereka permata untuk gaun Siti Nurhaliza bagi majlis persandingannya.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Sin berkata antara gaun yang dipamerkan ialah gaun pengantin Siti Nurhaliza, gaun persembahan Konsert 4 Diva Anita Sarawak, gaun perkahwinan model terkenal Amber Chia dan pakaian perkahwinan penyanyi Ning Baizura.
Antara aksesori yang dipamerkan adalah cincin perkahwinan pelakon dan penyanyi Erra Fazira, cincin perkahwinan Siti Nurhaliza, kerongsang loket perkahwinan Ning Baizura dan kerongsang mutiara pereka kasut antarabangsa Prof. Datuk Jimmy Choo.
Koleksi kasut yang dipamerkan pula adalah kasut bersulam mutiara Amber Chia dan kasut bersulam mutiara Winnie Sin.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Wira Kamaruddin Siaraf berkata penganjuran pelbagai pameran di Muzium Negara mampu meningkatkan kedatangan pengunjung ke muzium itu.
"Telah berlaku peningkatan pengunjung dari tahun lepas iaitu 2.85 juta pengunjung kepada 3.5 juta pengunjung pada tahun ini kerana pada tahun lepas tidak banyak pameran yang diadakan", katanya.
Pameran itu dibuka kepada orang ramai dari 9 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk RM2 bagi yang berumur 12 tahun ke atas dan percuma bagi yang berumur bawah 12 tahun.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails