1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 April 2010

Besarkan Mini Zoo Kemaman


Ahmad Said (kanan) membuka tirai dinding kaca ketika mempamerkan harimau di Mini Zoo Kemaman, Bukit Takar, semalam.

Kerajaan Terengganu berhasrat untuk memperluaskan lagi kawasan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takar di sini daripada lebih 15 hektar kepada 120 hektar berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, sejak dibuka pada 11 April tahun lepas, mini zoo terbabit menerima seramai 114,000 pengunjung dengan kutipan jualan tiket mencecah lebih RM550,000.
"Jadi dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi kita akan besarkan lagi kawasan mini zoo sedia ada dan menambah pelbagai lagi spesies haiwan untuk menarik kehadiran pengunjung ke sini," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan dua ekor Harimau Malaya daripada Penolong Pegawai Veterinar Zoo Melaka, Jawahir Jaafar mewakili pihak pengurusan Zoo Melaka kepada Mini Zoo Kemaman yang diwakili oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, A Rahman Yahya.
Sepasang Harimau Malaya itu iaitu harimau jantan, Chiko berusia dua tahun dan harimau betina yang dinamakan Courtney, tujuh tahun, masing-masing seberat lebih 70 kilogram dan 100 kilogram, yang dijangka akan menjadi daya tarikan baru pengunjung untuk ke mini zoo itu.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kerja-kerja memagar kawasan seluas 120 hektar itu sedang giat dilakukan dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.
"Malah kerja-kerja pembinaan sangkar juga sedang giat dilakukan untuk menempatkan lebih banyak haiwan di mini zoo ini termasuk singa, burung cenderawasih dan harimau bangal," katanya.
Menurut Ahmad, pada masa ini terdapat 74 spesis haiwan dan burung dengan hampir 200 ekor haiwan berada di zoo terbabit.
Sehubungan dengan daya tarikan terbaru mini zoo itu juga, pihak pengurusan bercadang untuk menaikkan harga tiket daripada RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk dewasa kepada RM5 dan RM10 pada pertengahan April ini bagi menampung kos penyelenggaraan dan pengurusan.
Katanya, bilangan pengunjung juga dijangka meningkat 100 peratus dan jualan tiket dijangka mencecah RM1 juta dalam tempoh setahun.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang mencari penaja kedua-dua ekor Harimau Malaya berkenaan atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails