|
|
Jurucakap SFC ketika ditemui memberitahu, buaya tersebut ditemui oleh penduduk kampung ketika berburu di sekitar kawasan tebing Sungai Sarawak sebelum membawanya pulang ke rumah kira-kira tujuh tahun lalu.
Buaya yang pada ketika itu masih kecil kemudiannya diletakkan di sebuah kolam sebagai haiwan peliharaan sehingga membesar dan mendapati muncung haiwan tersebut berkeadaan aneh kerana berbentuk mendongak ke atas.
Menyedari buaya itu semakin membesar, pemilik buaya tersebut kemudiannya menyerahkan haiwan berkenaan kepada SFC supaya mendapat perlindungan sewajarnya.
Buaya betina itu berukuran kira-kira 1.6 meter dan diletakkan di sebuah kolam yang lebih luas bersama beberapa ekor buaya lain termasuk dari jenis buaya jejulong dan ia kini telah dapat menyesuaikan diri.
Namun, disebabkan faktor kecacatannya, buaya itu kini terpaksa diberi makan kerana muncungnya yang mendongak.
Di Sarawak, adalah menjadi satu kesalahan menyimpan hidupan liar sebagai haiwan peliharaan tanpa permit yang sah mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan