1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

27 Februari 2010

Rafflesia ditemui di hutan Hulu Tembeling


WAN Yusri Wan Umar (kanan) dan Mi Hamidi Nipah menunjukkan bunga Pakma yang sedang mengembang ditemui di Hutan Simpanan Pengau, Hulu Tembeling, Jerantut, semalam.

JERANTUT 26 Feb. - Rafflesia atau lebih dikenali sebagai bunga Pakma bagi penduduk tempatan bukan sahaja boleh ditemui di Hutan Belum di Perak atau hutan tropika di Sabah dan Sarawak, malah kini terdapat di Hutan Simpan Pengau, Hulu Tembeling dekat sini. Penemuan bersejarah itu dilakukan dua pengamal perubatan tradisional, Wan Yusri Wan Umar, 33, dan rakannya, Mi Hamidi Nipah, 38, ketika meredah hutan itu untuk mencari herba bagi tujuan perubatan.
Wan Yusri berkata, penemuan bunga Pakma itu amat bersejarah kerana sehingga kini belum ada penduduk tempatan di kawasan tersebut menemuinya.
Usahawan itu memberitahu, beliau bersama Mi Hamidi telah berada di hutan itu sejak seminggu lalu sebelum menemui bunga tersebut ketika menyusuri Sungai Pengau.
''Dalam jarak beberapa meter dari sungai itu, kami menemui beberapa kuntum bunga yang mula berkembang dan dua kuntum bunga yang agak besar berukuran 40 sentimeter yang menampakkan warna merah kehitaman," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengau hari ini.
Wan Yusri berkata, walaupun bunga Rafflesia boleh ditemui di banyak hutan negara ini tetapi ia amat jarang ditemui di hutan Hulu Tembeling.
"Untuk melihatnya bukan sesuatu yang mudah kerana bunga ini berkembang tidak mengikut musim. Jika bernasib baik, kita akan dapat melihatnya," katanya.
Menurut beliau, bunga Pakma yang ditemui itu berukuran sederhana berbanding spesies di Sabah tetapi ia kelihatan lebih menarik.
Sementara itu, Mi Hamid berkata, keistimewaan bunga tersebut bukan hanya terletak pada saiz gergasinya tetapi ia amat sesuai untuk kegunaan perubatan tradisional.
Beliau memberitahu, Rafflesia mempunyai khasiat yang tinggi terutama untuk mengecutkan saluran peranakan wanita dan merawat penyakit kanser.
"Kami membawanya pulang untuk dikeringkan sebelum dijual kepada pengamal perubatan herba di Lembah Klang. Bunga ini mempunyai pasaran kerana keperluan dari segi perubatan tertentu," katanya.
Menurut Imam Masjid Kampung Pagi itu, Rafflesia merupakan spesies terancam disebabkan faktor pembangunan di sekitar kawasan hutan simpan itu.
Katanya, kepupusan menyebabkan generasi akan datang tidak mengenalinya dan hanya mengetahui melalui buku atau ensiklopedia.
   

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails