1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

19 Januari 2010

Miri pilihan burung migrasi




Aktiviti pengamatan burung merupakan satu lagi tarikan untuk para pelancong menjejakkan kaki ke Miri selain daripada keindahan alam semula jadinya yang telah terkenal di seluruh dunia. Walaupun aktiviti itu masih belum begitu meluas, namun ia semakin mendapat tempat di hati para pelancong terutama peminat burung dari dalam dan luar negara. Mungkin ramai yang tidak tahu, Miri merupakan antara destinasi persinggahan lebih 10,000 ekor burung migrasi daripada pelbagai spesies yang terdapat di seluruh pelosok dunia.
Ia termasuklah dari Australia, Siberia dan Asia Pasifik dengan lebih 50 spesies burung singgah di sini dan jumlah itu tidak termasuk spesies baru yang belum dikenalpasti.
Mengapa burung-burung pelbagai spesies itu menjadikan Miri sebagai persinggahan mereka?
Jawapannya kerana Miri bukan sahaja berhampiran pinggir pantai malah kaya dengan tanah bencah atau wetland yang memainkan peranan penting bagi habitat burung air.
Kewujudan tanah bencah di beberapa kawasan selain hutan bakau menjadikan Miri tumpuan persinggahan burung air pelbagai spesies.
Selain itu, burung-burung gemar datang berikutan suhu iklim yang terdapat di sini. Misalnya, apabila Australia mengalami musim dingin, maka burung-burung tersebut akan berhijrah ke Asia Pasifik antaranya Miri.
Namun perubahan iklim dan suhu berikutan pemanasan global telah mempengaruhi status serta keadaan tanah bencah. Dalam hal ini Miri tidak terkecuali.
Keadaan ini telah mewujudkan kesedaran kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) cawangan Miri untuk bekerjasama dengan Wetlands International bagi mengadakan Bancian Burung Air Asian atau Asian Waterbird Census (AWC) 2010.
Pengerusi MNS Miri, Nazeri Abghani berkata, projek AWC ini dimulakan pada tahun 2008 membabitkan kumpulan kecil dengan tujuan utama memulihara tanah bencah di samping melindungi burung air.
''Ia merupakan aktiviti tahunan setiap Januari hingga Februari membabitkan beberapa tapak di bahagian Miri.
''Data yang dikumpul akan membantu Wetlands International selaku penganjur dalam merancang langkah pemuliharaan semua spesies burung termasuk burung air dan habitat tanah bencah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Antara spesies burung yang dikenalpasti singgah di Miri ialah Pekaka, Rajawali, Kenyalang Hitam Asia, layang-layang Pasifik dan Eurasian Tree Sparrows.
Nazeri menambah, untuk AWC 2010, beberapa tapak bancian dikenalpasti iaitu kawasan tasik di Senadin/Go-Kart, tasik di Universiti Teknologi Curtin Kampus Sarawak, Kampung Masjid, Kuala Baram, Sundar Lawas, kawasan berpaya Bungai, Taman Negara Loagan Bunut dan Pulau Bawai, Kuala Baram.
Ujarnya, bancian ini dikendalikan oleh sukarelawan daripada pelbagai bidang.
Objektif utama AWC 2010 ialah mendapatkan data tahunan bilangan burung air pelbagai spesies di tanah bencah semasa musim bukan mengawan, meninjau tapak serta memantau jumlah burung.
''Selain itu, kita juga memantau status dan keadaan tanah bencah memandangkan ia amat penting dalam mengekalkan kelangsungan habitat burung air," jelas Nazeri.
Katanya, bancian ini diselaraskan oleh peserta sukarelawan dari setiap negara atau organisasi wilayah dan di Malaysia penyelarasnya adalah MNS.
Penyelaras ini bertanggungjawab membuat jaringan di kalangan sukarelawan, menghantar dan mengumpul borang bancian serta menyiapkan laporan penuh.
Nazeri menambah, program ini diharap dapat menyemai minat orang awam terutama generasi muda untuk sama-sama memulihara dan melindungi spesies burung air dan tanah bencah.
Mengenai perancangan masa depan, beliau memberitahu, MNS Miri masih dalam proses mendapatkan persetujuan daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) Wilayah Utara untuk mengadakan AWC yang pertama di Santuari Hidupan Liar Sibuti (SHLS).
''Setakat ini santuari yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya ini belum dibuka kepada orang awam. Ini menyukarkan pakar untuk melakukan penyelidikan," katanya.
Menurut Nazeri, SHLS terletak di kawasan hutan paya bakau yang menjadi habitat kepada buaya selain menjadi tumpuan pelbagai spesies burung.
Sementara itu orang awam yang berminat untuk mengambil bahagian dalam AWC 2010 boleh datang ke tasik Universiti Teknologi Curtin, Kampus Sarawak pada 16 hingga 17 Januari, Kampung Masjid (23-24 Januari), Tasik Kuala Baram (30-31 Januari.), Sundar, Lawas (5-7 Februari), kawasan berpaya di Bungai (13-14 Februari.), Taman Negara Loagan Bunut (20-21 Februari) diikuti Pulau Bawai, Kuala Baram (27-28 Februari).
''Kita mempelawa orang awam untuk datang beramai-ramai bagi mempelajari dan mengamati habitat burung serta habitat tanah bencah. Melalui usaha ini, ia akan memantapkan matlamat kita untuk memuliharanya," tambah Nazeri.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi MNS Miri BirdGroup di talian 085-453185.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails