1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

13 November 2009

26 kategori Anugerah Pelancongan

MELAKA 12 Nov. - Sebanyak 26 kategori dipertandingkan pada Majlis Anugerah Pelancongan Melaka 2008/2009 yang akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob malam esok.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, sebanyak 119 pencalonan telah diterima daripada individu dan organisasi yang terlibat dalam meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini.
Menurut beliau, majlis tersebut diadakan bertujuan menghargai jasa dan komitmen mereka yang terlibat dalam industri pelancongan di dalam dan luar negara.
"Anugerah sebegini dilihat mampu merancakkan lagi industri pelancongan selain meningkatkan promosi industri pelancongan domestik.
''Ia juga diharap dapat meningkatkan usaha berganda daripada mana-mana individu dan organisasi pelancongan untuk terus berusaha menggalakkan kedatangan pelancong di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Menara Taming Sari di sini semalam.
Anugerah dwitahunan itu adalah anjuran Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri dan Persatuan Pelancongan Melaka (MTA).
Hadir sama, Pengurus Besar BPP negeri, Nazary Ahmad dan Presiden MTA, Datuk Seet Tiang Chye.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada wakil daripada 12 sub sektor pelancongan negeri yang memainkan peranan penting mempromosikan sektor pelancongan.
Mengulas lanjut Har Cheow berkata, antara 26 kategori yang dipertandingkan ialah perkhidmatan hotel terbaik bertaraf lima bintang, empat, tiga dan dua bintang selain hotel bajet serta resort dan chalet.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails