|
|
Bagi seorang guru sekolah, Salbiah Mohd. Kassim, 39, berkata, menaiki Duck Tours ini adalah pengalaman amat berharga kerana wujud kenderaan dua alam yang boleh digunakan di darat dan air.
''Sebelum ini saya hanya menonton kenderaan seperti ini di televisyen tetapi apabila berpeluang menaikinya barulah saya percaya tidak mustahil kenderaan boleh bergerak di darat tetapi juga di air," katanya.
Menurutnya, ketika Duck Tours meluncur di Selat Melaka, dia tidak merasa takut kerana ia seperti menaiki sebuah bot.
Pendapat serupa turut diluahkan oleh Syeikh Syed Abd. Hamid, 60, yang melahirkan rasa kagum kerana dapat menaiki kenderaan dua alam itu.
''Duck Tours mempunyai keunikan tersendiri tidak sama apabila kita menaiki bot. Pada mulanya, tidak terbayang bagaimana sebuah kenderaan yang bergerak di darat tetapi boleh digunakan di laut," katanya.
Sebelum ini kata Syeikh Syed, dia dan keluarganya hanya mengetahui mengenai kenderaan dua alam itu menerusi televisyen.
''Perjalanan yang tidak begitu lama di darat dan laut tetapi ia cukup menyeronokkan selain dapat melihat bandar raya Melaka dari Selat Melaka," katanya.
Bagi Khaizizulkhir Awaludin, 45, berkata, Duck Tours boleh menjadi produk pelancongan pertama dan terbaik di Malaysia.
''Kenderaan ini sangat unik dan teknologi yang digunakan membolehkan ia bergerak di darat dan air. Dulu kita sekadar membaca di majalah atau melihat di kaca televisyen.
''Tetapi apabila ada peluang sebegini menaiki kenderaan ini barulah saya tahu ia adalah realiti dan bukan bayangan semata-mata," katanya.
Menurut Khaizizulkhir, sebagai rakyat Malaysia dia berharap, kenderaan dua alam ini bakal menempa nama sebagai produk pelancongan terbaik di negara kita satu hari nanti.
Bagi Nurhanin Afina Khaizizulkhir, 10, berkata, pengalaman menaiki Duck Tours tidak akan dilupakan sepanjang musim persekolahannya kali ini.
''Saya amat gembira apabila ibu bapa membawa kami adik-beradik menaiki Duck Tours ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan