1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 Jun 2012

Gunung Tiong sedia didaki


PENULIS (kanan) bersama rakan-rakan di puncak Gunung Tiong di Johor.
Taman Negara Endau-Rompin Selai (TNER Selai) di Johor merupakan pintu masuk dari sebelah barat bagi kawasan Taman Negara Endau-Rompin. Bagi pembaca yang pernah masuk ke situ, mungkin tidak dapat melupakan pengalaman mengembara dan menjelajah beberapa kawasan air terjun yang menarik seperti Takah Pandan, Takah Berangin, Takah Tinggi dan lain-lain.
Takah dalam bahasa Orang Asli Jakun bermaksud ‘air terjun’. Bagaimanapun bagi peminat aktiviti mendaki gunung, kawasan TNER Selai bukanlah pilihan utama. Ini kerana tiada tempat khusus untuk menjalankan aktiviti tersebut walaupun terdapat sebuah gunung yang agak tinggi dan dapat dilihat apabila memasuki kawasan perkampungan Orang Asli di taman negara tersebut.
Gunung tersebut menjadi mercu tanda kepada TNER Selai tetapi tidak begitu popular di kalangan pendaki. Itulah Gunung Tiong yang berketinggian kira-kira 1,014 meter (3,328 kaki) dari paras laut (dpl). Ia merupakan gunung ketiga tertinggi di Johor dan terletak di timur TNER Selai.
Sebelum TNER Selai dibuka kepada pelawat, gunung ini pernah menjadi tumpuan pendaki dari sekitar Labis dan daerah berhampiran sahaja. Setelah taman negara itu dibuka kepada umum pada 2003, Gunung Tiong bagai dilupakan. Keadaan itu menyebabkan trek pendakian dari Kampung Selai Lama jarang dilalui dan semakin lama semakin semak serta tertutup.
Memandangkan aktiviti pendakian gunung semakin popular ketika ini dan banyak persatuan pendaki telah ditubuhkan, penulis yang bekerja sebagai Pembantu Hidupan Liar di TNER Selai terpanggil untuk membuka semula laluan ke puncak Gunung Tiong. Bagaimanapun, laluan tersebut tidak melalui Kampung Selai Lama, sebaliknya terus dari TNER Selai.
Ini lebih menjimatkan masa kerana pendaki boleh terus menjelajah ke tempat-tempat lain dalam kawasan TNER Selai setelah mendaki Gunung Tiong. Pendakian ke puncak gunung itu boleh dilakukan dalam masa dua hari satu malam. Perjalanan ke sana bermula dari tapak perkhemahan Lubuk Merekek. Pendaki perlu menyeberangi Sungai Selai yang merupakan sungai utama di situ.
Terdapat 10 Check Point (CP) yang perlu dilalui sebelum pendaki berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Tiong. Bermula dari seberang Sungai Selai, pendaki akan melalui denai yang rata, lembap dan becak serta dipenuhi pacat sehinggalah ke CP 1 iaitu Sungai Sengka. Pendaki perlu menyeberangi sungai yang tidak begitu lebar itu dan masuk semula ke laluan hutan. Sampai di kaki bukit, terdapat satu simpang iaitu sebelah kiri menuju ke Air Terjun Takah Sengka dan sebelah kanan menuju ke Gunung Tiong.
awal pagi puncak berkabus
Jika ada masa, pendaki boleh berjalan ke air terjun yang terletak 15 hingga 20 minit sahaja dari simpang itu. Laluan sebelah kanan menuju ke puncak Bukit 700 Kaki yang merupakan CP 2. Dari atas bukit itu, pendaki boleh melihat Gunung Tiong jika cuaca cerah. Pada awal pagi, puncak gunung itu biasanya diselubungi kabus tebal.
Dari CP 2, pendaki akan melalui pula jalan balak lama yang dipenuhi pokok paku resam yang tebal. Ketika kami melaluinya baru-baru ini, kami ternampak bekas tapak kaki babi hutan di laluan tersebut. Trek tersebut agak landai tetapi semakin curam apabila memasuki semula ke trek hutan. Pendaki akan sampai ke CP 3 iaitu Bukit Kembang Semangkok setelah setengah jam berjalan dari CP 2. Terdapat sebatang pokok Kembang Semangkok Jantung yang bersaiz kayu balak yang menjadi tempat kami berteduh di atas bukit tersebut.
Di kawasan itu juga, pendaki akan menemui berbagai jenis pokok yang bersaiz besar seperti Meranti Seraya, Balau Bukit, Keruing dan lain-lain. Kira-kira 15 minit dari CP 3, pendaki akan sampai ke CP 4 iaitu air terjun. Di situ pendaki boleh mengisi botol air yang kosong atau mandi untuk menyejukkan badan yang panas.
Pendakian seterusnya agak landai dan redup kerana dipayungi pokok-pokok yang tinggi menjulang. Jika mendaki pada musim buah-buahan, kita akan menemui sejenis buah yang pelik namanya tetapi isinya manis dan banyak tumbuh di kawasan itu. Buah tersebut dipanggil ‘buah lintang galah’ oleh Orang Asli. Selepas mendaki satu lereng bukit yang curam, pendaki akan sampai di CP 5 iaitu Bukit Kayu Ara.
Sebatang pokok Kayu Ara yang besar dan rimbun serta akarnya yang unik menjadi penyeri puncak bukit tersebut. Pendaki boleh berehat di situ sambil merakam gambar di celah-celah akar pokok Ara itu.
Lereng bukit semakin curam apabila pendakian semakin tinggi. Pada ketinggian 700 meter (2,000 kaki), pendaki akan sampai di CP 6 iaitu Bukit Pemandangan. Di situ, pendaki akan merasai udara yang nyaman sambil menyaksikan pemandangan menarik. Di kejauhan bukit-bukau membiru, Bukit Gaut, Gunung Cabang Tiga dan Gunung Besar jelas kelihatan. Selepas penat reda, pendakian diteruskan ke tapak khemah atau CP 7 pada aras 800 meter (2,500 kaki). Terdapat punca air di situ yang merupakan sebatang anak sungai kecil.
cuaca berubah tanpa dijangka
Keesokan harinya pendakian disambung lagi terus ke puncak. Kali ini, tak perlu bawa banyak barang. Bawa hanya keperluan asas iaitu makanan dan minuman serta yang penting baju hujan kerana cuaca boleh berubah pada bila-bila masa di puncak. Trek pendakian akan melalui kawasan yang dipenuhi batu-batu besar yang berbagai bentuk. Di situ, terdapat punca air terakhir yang keluar dari bawah batu. Sejuk dan jernih airnya. Trek kadangkala landai dan kadang-kadang curam di sesetengah tempat. Selepas mendaki satu kawasan curam, pendaki akan sampai di CP 8 iaitu Batu Orkid. Terdapat banyak pokok orkid jenis Agrostophyllum elongatum tumbuh subur di atas batu tersebut.
Kira-kira setengah jam dari Batu Orkid, pendaki akan sampai ke permatang gunung yang merupakan CP 9. Kawasan ini agak rata dan tidak ada lagi trek yang curam seperti sebelum ini. Ketinggian permatang gunung ini adalah kira-kira 853.4 meter (2,800 kaki). Apa yang menarik di atas permatang gunung ini adalah ia merupakan laluan gajah. Ini dapat dilihat pada kesan tapak kaki dan najisnya yang terdapat di sepanjang trek. Tidak diketahui dari arah mana gajah-gajah itu naik ke permatang dan ke mana tujuannya.
CP 10 iaitu Puncak Permatang Gunung pada ketinggian 914.4 meter (3,000 kaki) merupakan kawasan penghujung permatang yang akan dilalui. Terdapat satu tempat untuk melihat pemandangan atau ‘view point’ di sini. Dari atas lereng gunung yang telah runtuh, pendaki dapat melihat pemandangan indah kawasan perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Kemidak dan Kampung Selai serta jalan masuk ke TNER Selai.
Dari CP 10 ke puncak Gunung Tiong mengambil masa kira-kira satu jam lagi. Pendaki akan menuruni satu lurah yang sederhana curam dan penuh dengan pokok buluh. Kawasan ini merupakan tempat gajah tidur. Ini dapat dilihat pada kesan tapak kaki dan pokok buluh yang rebah bagai dihempap gajah.
Sampai di bawah lurah, kita akan mendaki semula sebuah bukit. Itulah pendakian terakhir sebelum sampai ke puncak. Kiri dan kanan trek penuh dengan pokok rotan berduri tajam serta pokok pandan gunung berdaun halus. Pendaki juga akan menempuh satu kawasan buluh yang padat sebelum masuk semula ke trek hutan. Selepas mendaki satu bukit kecil, pendaki akan sampai di satu kawasan yang agak rata.
Di tengah-tengahnya, terdapat sebuah lagi bukit kecil dan itulah puncak Gunung Tiong. Puncak gunung hanya ditanda dengan sebatang besi paip sepanjang 0.15 meter (enam inci) dan disimen. Tidak ada pemandangan indah di puncak gunung. Ini kerana ia dikelilingi pokok-pokok kayu setinggi lima hingga 10 meter dan agak padat.
Dahulu sekitar awal tahun 90-an, Orang Asli yang mendaki Gunung Tiong mengatakan pemandangan keliling dapat dilihat dari puncak kerana pokok masih kecil tetapi semakin lama pokok semakin membesar dan terus menutup pemandangan. Bagaimanapun apa yang penting kejayaan mendaki Gunung Tiong serta kepuasan serta pengalaman yang diperolehi itu lebih berharga daripada segalanya.
Bagi yang ingin menikmati keindahan hutan rimba, melihat flora dan fauna yang unik serta merasai kedinginan air terjun, mengapa tidak memasukkan Gunung Tiong dalam kalendar aktiviti pengembaraan anda. Jika berminat, sila hubungi talian 07-9222875 (Pejabat TNER Selai) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails