1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

22 Mei 2012

Gua Damai taman ekstrem lengkap


Menuruni trek berbatu yang licin perlu dilakukan berhati-hati.

JIKA anda impikan sebuah ekspedisi mencabar tetapi tidak sanggup merentasi padang pasir Sahara ataupun mendaki ke puncak gunung Everest, bolehlah merancang ataupun bermula di lokasi Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, Selangor.
Sesuai dengan namanya sebagai taman ekstrem, Gua Damai kini dibuka kepada pengunjung yang ingin mencabar perasaan gayat dan darah gemuruh ketika menyertai aktiviti yang melibatkan ketinggian.
Namun setelah mencubanya, anda pasti tidak lagi ‘ketar lutut’ ketika berhadapan dengan halangan yang memerlukan anda mencabar kebolehan diri sendiri.
Selain terkenal sebagai lokasi trek semula jadi untuk aktiviti memanjat tebing (rock climbing), Gua Damai turut menawarkan aktiviti sukan ekstrem yang lain seperti flying fox, abseiling, jelajah gua dan merentas hutan.
Cabaran penuhi kepuasan
Baru-baru ini, penulis dan beberapa rakan media dijemput mengunjungi lokasi ini bagi mencuba cabaran yang disediakan.
Aktiviti ini turut disertai empat pelancong dari Perancis serta beberapa pemandu pendaki.
Eksplorasi Gua Damai ini mengambil masa sehari suntuk bermula dari pukul 10 pagi. Aktiviti memanaskan badan dilakukan sebelum merentasi denai dan belantara sambil mendaki selama kira-kira 45 minit dari kawasan Batu Putih yang merupakan kawasan paling dikenali ramai sebagai lokasi rock climbing.
Pendakian mungkin mengambil masa lebih singkat bagi mereka yang memiliki stamina yang kuat, tetapi disebabkan kumpulan yang disertai penulis rata-rata adalah mereka yang jarang bersukan, maka perjalanan mengambil masa lebih lama daripada yang disangkakan.
Dengan keadaan tanah lembap dipenuhi lecak yang disebabkan oleh hujan sehari sebelum itu, menyebabkan laluan berbukit bertambah sukar dengan keadaan permukaan yang licin sehingga beberapa peserta tergelincir.
Dari tembok tersebut, setiap peserta meneruskan perjalanan menuju ke Lembah Maut yang kaya dengan pelbagai spesies pokok herba di sepanjang perjalanan seperti tengkuk biawak dan tongkat ali hitam.
Selepas berehat selama lima minit di lembah berkenaan, kami meneruskan langkah melalui Gua Anjing ke platform yang terletak di Puncak Berangin yang merupakan lapangan bagi trek flying fox terpanjang di Malaysia sejauh 250 meter.
Bagi penulis, meluncur pada trek berkenaan memberikan satu pengalaman berbeza di mana setiap peserta berpeluang menikmati landskap menarik dalam pengembaraan serba berani.
Biarpun gementar seketika sambil menunggu giliran, sebaik menuruni puncak tersebut dengan aksi tergantung pada tali kabel flying fox, perasaan itu hilang sebaik sahaja penulis melepaskan kaki di platform, kerana panorama sekelilingnya membuatkan jarak 250 meter terasa begitu cepat berakhir.
Mana tidaknya, oleh kerana tip angkat kaki ke hadapan yang diberikan petugas taman cabaran membuatkan penulis ‘terbang’ lebih laju.
Selepas makan tengah hari di dataran kem, kami meneruskan pendakian semula, menaiki anak tangga yang diperbuat daripada tayar terpakai membuatkan kami kembali cergas selepas berehat hampir setengah jam.
Kami dibawa memasuki Gua Ichibawa untuk meneruskan aktiviti penjelajahan gua yang mengambil masa kira-kira satu jam.
Penjelajahan gua tersebut bermula dengan merangkak melalui ruang sempit untuk sampai ke ruang perut gua atau lebih dikenali sebagai chamber utama yang luas dan mempunyai beberapa bahagian lain.
Selepas taklimat, kami diminta untuk bertafakur selama seminit tanpa sebarang pergerakan dan bunyi, malah semua lampu suluh ditutupkan.
Ketika itu, barulah kesemua peserta dapat merasai tekanan udara di dalam gua dan menghayati kemerduan muzik alam semula jadi seperti bunyi air menitis jatuh dari bumbung gua yang jelas kedengaran.
Selepas aktiviti menjelajah gua berakhir, kami mendaki menuju ke Gua Cili Padi dan kemudiannya memasuki Gua Pokok Besar dengan menggunakan teknik abseiling setinggi 65 meter.
Beberapa peserta hampir angkat kaki ketika diminta menyempurnakan aksi tersebut kerana segelintir daripadanya bimbang gagal mengawal tali dan keadaan gua yang sempit serta gelap, di samping permukaan lantai gua yang tidak sekata.
Di tengah-tengah gua, terdapat lubang besar sehingga ke lantai gua di mana peserta tergantung dan perlu mengawal tali dengan cekap.
Bagaimanapun, kesemua peserta berjaya mengatasi cabaran ini kecuali seorang peserta dari Perancis terpaksa menunggu di pintu gua.
Selesai aktiviti tersebut semua peserta kembali menuruni Gua Pokok Besar dan melakukan aktiviti abseiling sekali lagi pada ketinggian 24 meter untuk tiba ke tempat permulaan eksplorasi yang menandakan penamat pada pukul 5 petang.
Di buka setiap hari
Menurut Pengurus Taman Ekstrem Gua Damai dan Konsultan Wira Adventure, Mustapha Al Bakri Omar, taman rekreasi ini dibuka setiap hari bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam.
Selain pakej aktiviti sukan lasak yang ditawarkan, taman tersebut turut dibuka untuk kegiatan santai bersama keluarga secara percuma.
“Pakej kursus asas latihan rock climbing tahap 1, eksplorasi Gua Damai, pengurusan tali berhalangan, pendakian dan paintball turut disediakan.
“Pengunjung bebas memilih aktiviti yang mereka suka sama ada mendaki, flying fox atau abseiling.
“Keseluruhan perjalanan melibatkan jarak sepanjang 2.5 kilometer dengan melalui pelbagai aktiviti dalam satu masa termasuk merentas belantara, mendaki dan penerokaan gua,” jelasnya.
Sementara itu, pelancong dari Perancis, Ey Angelique, 26, memberitahu dia menggemari kesemua aktiviti yang disediakan, lebih-lebih lagi flying fox.
“Saya berasa takut pada mulanya tetapi ia menyeronokkan kerana rakan-rakan memberikan kata-kata semangat.
“Biarpun agak memenatkan, Gua Damai meninggalkan kenangan dan pengalaman menarik untuk saya ceritakan kepada rakan-rakan di negara saya,” katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails