1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

16 Disember 2011

Kota-kota syurga dunia




KUALA LUMPUR merupakan antara bandar raya terbaik di Asia dan negara Islam dengan kedudukannya di tempat 76.


KEHIDUPAN manusia kini sering dinilai berdasarkan tahap kemodenan dan kualiti kehidupan yang dinikmati. Mungkin bagi sesetengah negara seperti negara-negara Islam, agama menjadi alat penting bagaimana kehidupan perlu direncanakan.
Namun bagi kebanyakan negara Barat di mana nilai-nilai agama sudah jauh terpinggir, cara hidup bermoral selain kebebasan bersuara menjadi pegangan dalam menghurai maksud kualiti kehidupan.
Syarikat ternama, Mercer yang mengkhusus kepada pengurusan sumber manusia serta penasihat kewangan dan perkhidmatan, menjadikan kualiti kehidupan sebagai kriteria utama penyenaraian bandar raya terbaik.
Untuk tahun ini bandar raya terbaik dalam soal kualiti kehidupan merupakan Vienna. Bandar raya yang juga ibu negara Austria itu mempunyai sistem politik sangat stabil selain jaringan pengangkutan yang menyeluruh dan tersusun.
Dengan jumlah penduduk seramai 1.7 juta serta penyediaan kesihatan terbaik selain kadar jenayah sangat rendah tidak menghairankan bandar raya itu menduduki tempat pertama bandar paling berkualiti dan selamat.
Kriteria
Beberapa faktor ditetapkan dalam menilai sesebuah bandar raya sebagai terbaik dalam kualiti kehidupan. Syarikat Mercer membuat kajian dan tinjauan di 420 bandar raya di dunia namun hanya 221 yang disenarai pendek.
Penilaian bandar raya terbaik ini perlu melalui 10 kategori iaitu pertama, keadaan politik dan sosial seperti kestabilan politik dan kadar jenayah. Keduanya, kestabilan ekonomi contohnya kebebasan urusniaga dan polisi perbankan
Ketiga, keadaan sosio budaya setempat di mana kebebasan bersuara, peribadi dan berkarya antara yang menjadi keutamaan.
Seterusnya, kemudahan kesihatan dan sistem sanitasi seperti kebersihan air dan pengurusan sampah selain khidmat kesihatan yang menyeluruh turut diambil kira.
Sistem pendidikan dan persekolahan selain kemudahan awam serta pengangkutan juga menjadi penanda aras untuk sesebuah bandar tersenarai antara yang terbaik.
Kategori ketujuh dan kelapan pula melibatkan soal kemudahan rekreasi seperti pawagam dan tempat bersukan serta kemudahan pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan terutamanya makanan.
Yang terakhir adalah kemudahan perumahan kepada penduduk selain turut mengambil kira masalah alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan sebagainya.
Eropah
Seterusnya, tempat kedua diduduki bandar raya Zurich, Switzerland. Selain Zurich dua kota besar di negara itu iaitu Geneva dan Bern turut tersenarai di tempat kelapan dan sembilan.
Hakikatnya, berdasarkan senarai bandar raya terbaik dalam kualiti kehidupan kebanyakan bandar raya yang menduduki 30 tempat teratas adalah terletak di Eropah.
Antaranya Munich, Dusseldorf, Hamburg, Berlin dan Frankfurt di Jerman selain Copenhagen di Denmark, Stockholm di Sweden dan Amsterdam di Belanda.
Bandar raya besar di United Kingdom jauh tersasar jika dibandingkan dengan negara-negara jirannya di Eropah dari segi kedudukan kualiti hidup.
Misalnya bandar London di England hanya menduduki tempat ke 38 dan Dublin, Ireland (26). Bandar raya Paris di Perancis hanya berada di tempat ke 30 manakala Madrid, Sepanyol (43), Rome (52) dan Lisbon, Portugal (41).
Bagi negara-negara di Eropah Timur, bandar raya Republik Czech berada pada kedudukan paling baik pun di tempat 69 diikuti Budapest, Hungary (73), Ljubljana, Slovenia (75), Vilnius, Lithuania (79), dan Warsaw, Poland (84). Kota di Eropah yang paling teruk adalah Moscow (99) dan Tbilisi, Georgia yang berada di kedudukan 214.
Benua Amerika
Antara negara yang bandarnya tersenarai paling banyak pada tahun ini adalah Kanada. Bandar raya utama di negara itu yang tersenarai antara 30 terbaik adalah Vancouver (5), Ottawa (14), Toronto (15) dan Montreal (22).
Sebagai sebahagian daripada negara di benua Amerika, adalah mengejutkan hampir kesemua bandar raya utama di Kanada menduduki tempat yang lebih baik berbanding jirannya, Amerika Syarikat.
Ini kerana bandar raya moden dan tersusun seperti New York dan Washington hanya menduduki tempat ke 47 dan 43. Malah bandar peranginan seperti Hawaii merupakan bandar terbaik jauh meninggalkan dua bandar utama dunia itu di tempat ke 29.
Bandar-bandar lain di AS yang tersenarai di 50 terbaik adalah San Fransisco (30), Boston (36), Chicago (43), Seattle (48) dan Pittsburgh (49).
Bandar raya di Amerika Latin juga mencatat penambahbaikan apabila bandar seperti Pointe-à-Pitre di Guadeloupe menduduki tempat ke 40 selain Nassau, Bahamas (66), San Juan, Puerto Rico (79), dan Panama City, Panama (92).
Bandar raya lain yang lebih dikenali pula hanya menduduki antara tempat tercorot seperti Caracas, Venezuela (205), Port-au-Prince, Haiti (202), Bogota, Colombia (196) dan Kingston, Jamaica (192).
Perbezaan ketara di antara bandar raya utama di Amerika Utara dan Amerika Selatan disebabkan keadaan politik dan ekonominya yang tidak stabil. Walaupun ada di antara negara-negara di Amerika Selatan semakin stabil ekonomi dan politiknya seperti Brazil, Mexico dan Argentina namun kebanyakan negara-negara lain di rantau itu masih berhadapan dengan kemiskinan melampau, perang saudara selain masalah sindiket pengedaran dadah yang berleluasa, kejadian jenayah yang tinggi selain keadaan huru-hara akibat amukan alam seperti gempa bumi dan banjir kilat.
Asia
Bersandarkan kedudukan ini, Singapura merupakan bandar raya terbaik di Asia apabila berada di tempat ke 25 diikuti Tokyo dan Kobe di tempat ke 46 dan 49, Hong Kong (70), Seoul (80) dan Taipei (85).
Lebih membanggakan Kuala Lumpur tersenarai antara 100 bandar raya terbaik dunia apabila menduduki tempat ke 76. Kedudukan ini lebih baik berbanding bandar raya utama lain seperti Seoul dan Taipei selain bandar raya utama di China. Ini juga membuktikan Malaysia jauh berada di hadapan berbanding negara-negara jiran di Asean seperti Jakarta, Bangkok dan lain-lain.
Beberapa kota di Asia juga tersenarai antara yang paling teruk di dunia seperti yang berlaku pada bandar seperti Dhaka, Bangladesh di kedudukan ke 204, Bishkek, Kyrgyzstan (206) dan Dushanbe, Tajikistan (208)
Bagi kedudukan di rantau Asia Pasifik dua bandar raya di New Zealand menduduki antara 30 bandar teratas iaitu Auckland dan Wellington di tempat ketiga dan 13. Agak mengejutkan juga apabila hampir kesemua bandar raya utama di Australia tersenarai antara 50 terbaik dunia seperti Melbourne (18), Perth (21), Canberra (26), Adelaide (30) dan Brisbane (37).
Afrika dan negara Arab
Agak malang bagi negara Arab dan Afrika yang disenaraikan agak jauh ke belakang berbanding negara-negara lain di dunia.
Ini berikutan pergolakan yang berlaku di dunia Arab dan Afrika seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Syria. Keadaan ini telah mengakibatkan kekacauan politik yang berpanjangan sekaligus menjejaskan keselamatan rakyat selain keadaan ekonomi yang semakin merudum.
Berdasarkan keadaan ini bandar raya Dubai, di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat ke 74, yang terbaik di negara Afrika dan Arab. Ia diikuti dengan sebuah lagi bandar raya di UAE iaitu Abu Dhabi, di tangga ke 78, Port Louis, Mauritius (82), Cape Town, dan Johannesburg Afrika Selatan di tangga 88 dan 94, Victoria, Seychelles (95), Muscat, Oman (101) dan Doha, Qatar (106).
Negara-negara di Afrika menduduki antara kota paling teruk dari segi kualiti kehidupan seperti Bangui, Central African Republic (220), N'Djamena, Chad (219), Khartoum, Sudan (217), dan Brazzaville, Congo (214). Baghdad pula merupakan kota paling teruk di dunia apabila menduduki tempat paling bawah iaitu di kedudukan 221.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails