1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

10 Jun 2010

MIJF meriahkan bandar raya Miri


KUMPULAN Micheal Shrieve's Spellbinder memberikan persembahan hebat pada malam pertama Festival Jazz Antarabangsa Miri di Hotel Parkcity Everly, baru-baru ini.

Festival Jazz Antarabangsa Miri (MIJF) yang berlangsung pada 14 dan 15 Mei lalu di Hotel Parkcity Everly di sini ternyata menggamatkan suasana bandar raya ini.
Ini kerana festival selama dua hari itu menghimpunkan ribuan peminat muzik jazz sama ada warga tempatan mahupun pelancong asing untuk bersama-sama menikmati keindahan muzik berkenaan di satu tempat yang sama.
Buktinya, meskipun hujan pada hari terakhir festival, peminat muzik genre berkenaan tetap setia dan enggan berganjak bagi menikmati lagu yang dibawakan kumpulan-kumpulan jazz yang membuat persembahan sepanjang festival itu berlangsung.
Malah, perhitungan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) selaku pihak penganjur utama ternyata tidak sia-sia apabila ribuan penonton datang menyaksikan MIJF sepanjang dua malam itu.
Bagi membolehkan lebih ramai pengunjung menyaksikan persembahan MIJF yang memasuki edisi kelima pada tahun ini, buat julung kalinya ia diadakan di luar hotel berbanding sebelum ini diadakan di dalam pavilion.
Meskipun penganjuran pada malam kedua terganggu kerana hujan lebat sejak pukul 6 petang hingga 11 malam, namun penonton khususnya pencinta muzik jazz langsung tidak berganjak dari tempat masing-masing.
Bahkan, jumlah penonton berdasarkan jualan tiket pada malam itu mencecah 4,000 orang berbanding malam sebelumnya hanya 3,000 orang.
Sebahagian daripada penonton menggunakan payung, baju hujan selain berteduh di bawah khemah manakala selebihnya sanggup basah kuyup demi mahu menyaksikan persembahan pada malam itu.
Mereka tidak sanggup melepaskan peluang menyaksikan aksi lapan kumpulan jazz yang diterbangkan dari luar negara seperti Thailand, Switzerland, Jerman, Amerika Syarikat, Denmark, Indonesia, Belanda dan Brazil yang membuat persembahan pada MIJF kali ini.
Ternyata persembahan kesemua kumpulan itu tidak mengecewakan ribuan penonton yang menghadiri persembahan pada kedua-dua malam tersebut.
Persembahan malam pertama menampilkan Mellow Motif (Thailand), The Jeremy Tordjman Project (Switzerland), Norbert Susemihl‘s New Orleans All Stars (Denmark/Jerman/Amerika Syarikat) dan Micheal Shrieve‘s Spellbinder (Amerika Syarikat).
Manakala pada malam kedua pula pembuka tirai ialah SimakDialogue (Indonesia), Amina Figarova Sextet (Belanda), Ricardo Hertz (Brazil) dan penutup tirai festival adalah persembahan pemenang Anugerah Grammy, James Cotton Blues Band dari Amerika Syarikat.
Kehebatan setiap kumpulan mengendalikan alat muzik seperti gitar, biola dan saksofon di samping kelunakan muziknya begitu mengasyikkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Para penonton pastinya tidak melupakan kehebatan James Cotton bermain alat muzik harmonika dan harp yang menutup tirai persembahan pada malam itu.
Mengimbas semasa awal penganjuran MIJF pada 2006, hanya 2,600 penonton menyaksikan festival itu sebelum bilangan itu meningkat kepada 4,560 orang pada tahun berikutnya.
Jumlah penonton terus meningkat seramai 5,828 orang pada 2008 manakala tahun lepas menarik seramai 6,449 penonton.
Tahun ini, jumlah penonton dianggarkan sekitar 7,500 orang berbanding jumlah yang disasarkan pihak penganjur sebelum ini iaitu 8,000 penonton.
Meskipun tidak mencapai sasaran, namun yang pasti jumlah pengikut genre jazz di bandar raya ini yang begitu sinonim dengan gelaran bandar raya peranginan terus meningkat.
Apa yang penting, komitmen STB dan penganjur bersama seperti Kementerian Pelancongan serta Kementerian Pelancongan dan Warisan negeri dalam memastikan festival ini berjalan lancar perlu diberi pujian.
Ini kerana, bukan perkara mudah mengumpulkan kumpulan jazz dari seluruh dunia untuk berkampung di Miri selama dua malam, namun kini festival itu sudah memasuki edisi kelima.
Pengerusi penganjur yang juga Ketua Pegawai Eksekutif STB, Datuk Rashid Khan berkata, seperti yang sudah dijanjikan festival kali ini menampilkan pelbagai genre muzik dan lagu jazz dari seluruh dunia.
Perkara ini terbukti sepanjang dua malam menyaksikan MIJF, penonton begitu terhibur dengan rangkaian muzik blues, fusion, world, smooth dan latin.
‘‘MIJF boleh dianggap satu promosi kepada aktiviti pelancongan di Miri. Sejak penganjurannya lima tahun lalu, festival ini telah meletakkan Miri sebagai destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan dunia,” katanya di sini baru-baru ini.
Tahun lalu, penganjuran festival jazz berjaya mendatangkan keuntungan kira-kira RM10 juta dan jumlah itu dijangka meningkat sejajar dengan peningkatan penonton.
Penganjuran MIJF kali ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai sektor swasta antaranya Malaysia Airlines, MasWings, Nippon Oil dan Sarawak Shell Berhad.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails