1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

28 Februari 2010

Taman Botani Putrajaya anjur Botani Walk & Hunt

PUTRAJAYA 27 Feb. - Taman Botani Putrajaya meneruskan usaha memupuk kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui pertandingan Botani Walk & Hunt 2010 di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya, Mohamad A. Shukor berkata, pertandingan itu merupakan ruang terbaik untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar terutamanya generasi muda.
Katanya, ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan peserta kepada beberapa spesies tumbuhan yang mereka tidak tahu walaupun pernah melihatnya.
''Peserta didedahkan kepada beberapa spesies tumbuhan yang ada dalam Taman Botani menerusi penjelasan oleh urus setia pertandingan mengenai bentuk fizikal, sifat luaran, corak daun dan bunga untuk dikenalpasti terlebih dahulu.
''Mereka perlu mengecam spesies dan ciri-ciri tumbuhan-tumbuhan ini bagi membolehkan peserta menjawab soalan yang diberikan dan memudahkan proses mencarinya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara pelepasan peserta pertandingan itu di sini.
Pertandingan tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam kalendar Taman Botani Putrajaya tahun ini dan penganjuran program kali ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Seramai 450 orang menyertai pertandingan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu remaja dan dewasa dan setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang peserta.
Bagi kategori dewasa, pemenang tempat pertama menerima wang tunai RM700, kedua RM500 dan ketiga RM300.
Bagi kategori remaja pula, pemenang tempat pertama menerima wang tunai sebanyak RM500, kedua RM200 dan ketiga RM100 beserta hamper.
Menurut Mohamad, pertandingan berteraskan permainan fizikal dan minda menggunakan persekitaran taman itu dapat menguji kecergasan fizikal serta kecerdasan minda para peserta dalam aspek botanikal secara beriadah.
Katanya, pendekatan tersebut merupakan antara langkah terbaik untuk para peserta belajar mengenali spesies-spesies flora melalui penerokaan dalam taman.
Beliau memberitahu, pertandingan itu akan diteruskan pada masa hadapan dengan memasukkan beberapa aktiviti pengisian yang lebih menarik.
"Objektif utama penganjuran adalah untuk mempromosikan fungsi rekreasi dan peranan pendidikan alam sekitar yang dibantu oleh Taman Botani Putrajaya serta Perbadanan Putrajaya secara amnya kepada orang awam," katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails