1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

10 Disember 2009

Duck Tours menakjubkan


KENDERAAN dua alam membawa pelancong satu pengalaman baru merasai menaiki Duck Tours dengan menyusuri Selat Melaka

Sebut sahaja Duck Tours mungkin ramai yang tidak tahu mengenainya. Melaka Duck Tours merupakan satu lagi produk pelancongan terbaru yang bakal mengukir satu kenangan indah kepada pelancong luar dan dalam negara yang datang ke negeri ini. Duck Tours cukup terkenal di Singapura dan Australia merupakan sebuah kenderaan dua alam yang boleh bergerak di atas jalan raya dan air.
Tidak sempurna apabila berkunjung ke Melaka jika tidak menaiki Duck Tours.
Kenderaan dua alam itu akan membawa satu pengalaman baru kepada orang ramai merasai menaiki Duck Tours dengan melalui jalan darat dan selepas itu meluncur di Selat Melaka.
Orang ramai boleh menaiki kenderaan itu di hadapan Menara Taming Sari melalui jalan raya hampir 15 minit dan pengalaman menarik ini diteruskan dengan pengembaraan di lautan luas iaitu Selat Melaka.
Dua pemandu diperlukan iaitu ketika memandu kenderaan itu didarat dan kemudiannya pemandu kedua pula mengambil alih tugas mengemudi Duck Tours di laut.
Kenderaan itu boleh membawa 33 penumpang dalam satu masa menyusuri Selat Melaka sambil melihat Masjid Selat, 'Eye On Malaysia' dan Pangkalan Marina.
Duck Tours yang mampu bergerak di atas jalan raya dengan kelajuan 20 kilometer sejam dan 33 knot di lautan telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan Jabatan Laut Malaysia untuk beroperasi.
Di samping merasai pengalaman menaiki Duck Tours yang berharga RM2 juta sebuah, seorang pemandu pelancong turut disediakan untuk memudahkan penumpang mengetahui lebih lanjut mengenai kenderaan dan kawasan yang dilalui.
Kenderaan itu diusahakan oleh Duck Ventures (M) Sdn. Bhd, dengan kerjasama kerajaan negeri dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) yang mencipta satu sejarah dalam industri pelancongan negara.
Pengarah Urusan Duck Ventures (M) Sdn. Bhd, Abdul Ghani Abdul Majeed, berkata, kenderaan dua alam ini mula beroperasi sejak tiga minggu lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai termasuk pelancong.
''Sehingga kini, seramai 1,000 pelancong telah menaiki Duck Tours dan pihak saya menjangkakan lebih ramai lagi yang menaiki kenderaan ini sepanjang musim cuti persekolahan.
''Walaupun kapasiti penumpang hanya 33 orang setiap perjalanan, Duck Tours mampu mencapai jumlah pengunjung tertinggi setiap hujung minggu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Katanya, kenderaan dua alam itu telah ditempah dari Australia dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan, dekorasi dan warna yang menarik.
Abdul Ghani berkata, Duck Tours merupakan produk pelancongan terbaru ini dan yang pertama beroperasi di Malaysia.
''Kos penyelenggaraan kenderaan dua alam ini antara RM30,000 hingga RM40,000," katanya lagi.
Setakat ini kata beliau, pihaknya hanya mampu membeli sebuah Duck Tours dan bakal menggunakan dua lagi kenderaan dua alam tersebut tidak lama lagi.
Kadar bayaran yang ditetapkan untuk menaiki kenderaan tersebut adalah RM38 untuk dewasa, RM27 bagi kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah dan RM22 pula bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran.
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails