1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

06 Disember 2012

Air Terjun dan Bukit Sungai Putih


SEBAHAGIAN peserta berehat sambil bergambar di puncak Bukit Sungai Putih.

YOK juga kalau dapat peluang menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan belantara yang ada air 
terjun.

Lebih-lebih lagi jika tiada apa-apa aktiviti dilakukan bersama keluarga mahupun teman pada hujung 
minggu. Tentunya pelawaan daripada Bangi Adventure Team untuk menyertai aktiviti dua dalam satu 
iaitu mendaki bukit dan bersantai di Air Terjun Sungai Putih, Ampang, Selangor pada Ahad lalu sukar 
untuk ditolak.

Begitulah kesimpulan beberapa peserta seramai 18 orang dalam program yang berlangsung pada 4 
November 2012 lalu.

Program yang diketuai oleh Mohd. Faizal Samat, 27, yang bertindak sebagai pemandu arah menyaksikan kami memulakan perjalanan dari Taman Saga, Ampang, Selangor pada pukul 9.10 pagi.

Tak sangka pula, belantara dekat ibu kota Kuala Lumpur mempunyai air terjun yang tidak kurang 
cantiknya.

Perjalanan ke air terjun agak santai kerana trek yang ditempuh banyak menurun. Namun, untuk 
perjalanan balik, keadaan sebaliknya pula. Ini kerana kami terpaksa mendaki semula cerun yang curam 
untuk berpatah balik ke Taman Saga.

Mungkin bagi sesetengah peserta, perjalanan ini agak santai, tetapi tidak bagi sebahagian peserta yang 
lain.

Penulis yang turut menyertai program ini mendapati ada peserta yang 'kelelahan' sepanjang mendaki 
cerun berbukit yang curam.

Disebabkan itu, kami berpecah kepada beberapa kumpulan. Kumpulan penulis tiba di puncak pada 
pukul 9.48 pagi dan oleh kerana bosan menunggu peserta belakang di puncak bukit yang mempunyai 
ketinggian 402 meter dari paras laut itu, maka kami membuat keputusan untuk berjalan dahulu menuju 
ke air terjun.

Nampaknya, keputusan kami untuk berjalan dahulu mengundang sedikit 'kepayahan' apabila kami 
tersasar masuk ke laluan jabatan hutan yang dibuka untuk menanda pokok.

Ketika menempuh laluan lereng bukit yang sangat curam, terdetik di dalam hati bahawa laluan itu bukan 
laluan sebenar ke air terjun.

Ini kerana penulis dan beberapa rakan lain yang terlibat terpaksa 'merangkak' dan 'bergayut' pada 
akar-akar pokok untuk melepasi halangan, sedangkan sebelum itu, kami dimaklumkan oleh Mohd Faizal 
bahawa laluan ke air terjun adalah 'cantik' dan bersih.

Setelah bersusah payah menempuh laluan itu, akhirnya kami terjumpa laluan sebenar dan terus menuju 
ke air terjun.

Tidak lama kemudian, kami ternampak kelibat rakan lain yang mengikuti laluan di tepi air terjun.
"Oh... itu rupa-rupanya laluan sebenar ke air terjun," kata penulis kepada Muni'izam Bey.

Ketika kami berkumpul semula, salah seorang rakan memberitahu kami bahawa tiga peserta berpatah 
balik.

Namun tidak lama kemudian, kami dikejutkan dengan kehadiran mereka yang tiba-tiba muncul.

Mungkin kerana semangat yang tidak mahu kalah, maka ketiga-tiganya membatalkan hasrat untuk 
berpatah balik, sebaliknya meneruskan perjalanan ke air terjun.

Puas mandi-manda sambil menikmati bekalan yang dibawa, sekitar pukul 12.10 tengah hari, kami 
meninggalkan air terjun.

Jika perjalanan ke air terjun, kami menempuh Trail C, untuk perjalanan balik semula ke Taman Saga, 
kami memilih Trail A.

Trail A lebih panjang, curam dan licin. Laluan berbatu menjadi licin kerana basah ditimpa hujan, 
selain becak kerana telah 'dilanyak' pendaki dari beberapa kumpulan lain.

Laluan itu juga membawa kami ke kawasan penternakan ikan yang diusahakan penduduk sekitar, 
sebelum mendaki semula sebuah lereng bukit.

Lereng bukit yang kami daki itu adalah lereng Bukit Saga yang terletak bersebelahan Bukit Sungai Putih. 
Bukit Saga lebih rendah iaitu sekitar 398 meter dari paras laut.

Di puncak bukit itu, terdapat khemah tempat rehat penduduk tempatan yang menghabiskan cuti hujung 
minggu di situ.

Penulis menamatkan program pada pukul 2.10 petang dalam hujan renyai. Nampaknya, kawasan bukit 
ini sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian. Syabas kepada peserta dan 
insya-Allah, jumpa lagi dalam program yang lain pula. - ROHANA MAN

MENITI pokok tumbang yang menjadi antara laluan ke Air Terjun Sungai Putih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails