1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

14 Mei 2011

'barang sentimental' di Pasar Karat


SEMAKIN larut malam, Pasar Karat, Johor Bahru semakin meriah dengan kedatangan pengunjung termasuk pelancong.


TENGAH malam mungkin sunyi di tempat lain. Namun Bazar Johor Bahru (Bazar JB) atau sinonim dengan nama Pasar Karat, ia sentiasa meriah dengan kehadiran warga bandar raya itu dan juga pelancong.
Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam tetapi lokasi Bazar JB ini terus menerima kehadiran pengunjung sehingga dinihari.
Pembukaannya di Legaran Segget sejak awal tahun 2009 menghidupkan aktiviti di Johor Bahru. Ia dibuka pada pukul 6 petang sehingga 2 pagi pada hari biasa dan 7 pagi hingga 2 pagi pada Sabtu dan hujung minggu.
Konsepnya sangat santai. Penjual hanya perlu membentangkan kain atau kanvas di kaki lima. Jual beli dengan tawar-menawar antara peniaga dan pembeli.
Dari jauh, limpahan lampu kalimantang sangat menarik perhatian bukan saja warga kota malah pelancong baik dari dalam atau luar negara yang berhasrat melihat warna malam di ibu negeri Darul Takzim ini.
Formatnya mungkin sama seperti beberapa uptown atau downtown di Lembah Klang.
Tetapi Bazar JB atau Pasar Karat mempunyai keunikan tersendiri. Ia boleh diibaratkan seperti jualan terbuka muzium.
Daripada barangan antik dan vintaj seperti kipas, piring hitam, beg dan perkakas dapur sehinggalah kamera serta gambar.
Pre-loved item atau barang yang pernah disayangi merupakan istilah digunakan untuk barangan terpakai yang dijual di sini. Nilai sentimental menjadi tarikan setiap barangan.
Sesetengah tapak niaga pula menjual produk tani dan hutan. Ini sekali gus memudahkan pelanggan termasuk jika berhajat untuk membeli binatang peliharaan seperti arnab.
Barangan keperluan juga turut dijual oleh peniaga di sini, seperti dekorasi rumah, minyak wangi, pakaian dan sebagainya.
Seorang pengunjung, Zairul Afendi Zulkifli, 21, kakitangan awam yang menetap di Taman Universiti, Johor Bahru ini selalunya datang ke Bazar JB bersama rakan-rakan.
"Nak buat cincin pun di sini, beli baju murah pun di sini. Pendek kata macam-macam yang dijual daripada barangan dapur sehingga ke ruang tamu, selain kasut dan topi," ujarnya.
Kenny Venison, 24, yang berasal dari Sarawak pula berkata, setiap kali berkunjung ke Bazar JB seolah-olah sedang melalui sebuah muzium terbuka.
Bagi peniaga barangan kosmetik, Izzlahaizan Mohd. Hussein, 26, yang sudah setahun berniaga berkata, prospek berniaga di sini besar kerana pengunjung sentiasa ramai.
"Sejak berniaga di sini, bukan saja dapat ramai pelanggan malah dapat juga 'jiran' baru di kiri dan kanan," katanya.
Seorang lagi peniaga, Marhayu Ismail, 29, yang mengusahakan jualan baju-baju corak tentera luar negara dan pakaian tidur berkata, tawar-menawar juga adalah antara daya penarik ke bazar itu.
"Hujung minggu memang ramai orang sehingga kadang-kadang sampai ke pukul 3 pagi baru habis mengemas," katanya.
Seorang pengunjung, Nor Mimi Abdul Aris, 25, pula datang ke Bazar JB kerana tertarik dengan produk minyak wangi yang banyak dijual di sini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails