1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

04 Mac 2010

Alam angkasa lepas di Menara Alor Setar

Pelbagai acara menanti pengunjung Menara Alor Setar menerusi penganjuran program astronomi Eksplorasi Angkasa Menara Alor Setar yang dikenali sebagai Star Track Camp itu di menara berkenaan di sini bermula esok hingga 6 Mac ini.
Antara program yang dianjurkan ialah Pertandingan Pelancaran Roket Air yang menyediakan hadiah RM200 untuk juara, RM100 naib johan dan RM50 bagi pemenang tempat ketiga dengan yuran pendaftaran sebanyak RM25 untuk setiap pasukan yang dianggotai lima orang.
Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Acara Menara Alor Setar, Mohd. Zaki Azmi berkata, program yang melibatkan orang dewasa dan kanak-kanak itu dianjurkan dengan kerjasama Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Universiti Sains Malaysia (USM) serta Jabatan Mufti Kedah dan Pulau Pinang.
Menurut beliau, bagi acara Star Track Camp, ia terbuka kepada kanak-kanak 13 tahun ke atas dengan bayaran sebanyak RM60 dikenakan untuk seorang peserta yang akan dibawa bermalam di Pusat Sains Negara Wilayah Utara.
Kata beliau, lain-lain program ialah ceramah dan bengkel, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pameran dan gerai-gerai jualan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails