1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 Julai 2009

Serba baru, selesa

KESELESAAN mampu dinikmati menjadi cogan kata keramat buat Naza-Talyya Hotel dalam menjanjikan pakej penginapan selesa dengan mood tersendiri, gaya hidup mewah namun boleh dikecapi semua golongan dan peringkat tetamu yang bertandang.

Naza-Talyya Hotel yang dulunya dikenali dengan nama Naza Hotel tampil dengan imej dan konsep layanan baru bagi memenuhi keperluan pelanggan terutama mereka yang mempunyai urusan perniagaan di luar daerah dan singgah di Johor Bahru.
Lebih menarik, pakej sebegini tidak hanya menjanjikan layanan dan ketenangan hidup, malah mampu memberi rangsangan kepada individu yang sedia terbeban dengan pelbagai urusan untuk menyempurnakan perihal perniagaan dengan lebih teratur dan efisien.Diberi sentuhan baru dengan gaya kontemporari moden, Naza-Talyya Hotel Johor Bahru kini siap sedia menerima lebih 300 tetamu pada satu masa.Setiap bilik yang ditawarkan tidak hanya tertumpu kepada perabot asas, malah ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan khas untuk keselesaan tetamu hotel.
Ia termasuk peti sejuk bersaiz mini, peti simpanan keselamatan, rangkaian Astro serta kemudahan Internet (Wi-Fi) di bilik penginapan serta seluruh kawasan hotel.Nyata dengan semua kelebihan yang ada, Naza-Talyya Hotel mampu menjanjikan persekitaran selesa dengan perkhidmatan yang cukup memuaskan.Diiktiraf sebagai hotel berstatus tiga bintang, Naza-Talyya Hotel tetap berdiri gah sebagai penyumbang nadi kota di Jalan Tenteram, Tanjung Puteri, Johor Bahru.
Lokasinya cukup strategik kerana terletak berdekatan pusat beli-belah City Square, Kotaraya, Plaza Pelangi dan Giant Leisure Mall dengan jarak perjalanan tidak sampai 10 minit dari hotel.Selain bilik penginapan, Naza-Talyya Hotel juga menawarkan ruang selesa untuk acara seminar atau persidangan yang mampu menampung antara 200 dan 300 delegasi pada satu masa.
Sehingga kini Naza-Talyya tidak hanya menyuntik sektor perkhidmatan di Johor sebaliknya berkembang di Melaka dan Pulau Pinang.Di Bandaraya Bersejarah, ia dikenali sebagai Naza-Talyya Hotel Melaka dengan menawarkan 112 ruang penginapan selesa dan lengkap di Jalan Tun Ali Street.Tidak jauh berbeza dengan Naza-Talyya Johor Bahru, cawangan di Melaka turut menawarkan kelebihan sama dengan sentuhan perabot gaya moden.Manakala di Pulau Pinang, Naza-Talyya adalah hotel pertama yang boleh dilihat di sepanjang pantai Tanjung Tokong.
Lokasinya juga strategik apabila hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke bandar Georgetown manakala dalam tempoh sama ke utara membolehkan pengunjung sampai ke Batu Feringghi.Hotel di sini menawarkan 126 kamar tidur termasuk suite yang bukan saja selesa dan lengkap, malah turut menyajikan panorama indah bandaraya Georgetown.Tetamu berminat boleh membuat tempahan dengan harga bilik promosi bernilai RM148 berserta sarapan pagi untuk dua orang. Bagi pakej seminar, setiap individu dikenakan bayaran RM65 termasuk sarapan, hidangan tengahari dan minum petang.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails