1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 Julai 2009

Epal Ba' Kelalan

ADA teman wartawan yang berkunjung ke Ba’ Kelalan memberitahu sedih pada hari terakhir meninggalkan tanah tinggi di Sarawak bersempadan dengan Kalimantan itu. Agak asing pada pendengaran, pada ketinggian 3,000 meter (m), ia menjadi satu-satunya lokasi di negara ini epal tumbuh subur.

Penduduknya adalah kaum Lun Bawang dengan populasi sekitar 1,500 orang, majoriti beragama Kristian dan ramah dengan pelancong.Tanpa liputan telefon selular, apa yang ada hanya satu telefon awam menjadi saluran penghubung untuk kecemasan antara komuniti ini dengan dunia luar. Bekalan airnya disalurkan terus dari anak sungai di pergunungan. Kuasa elektrik, walaupun percuma, tetapi agak terhad kerana dijana menerusi teknologi mikro-solar.

Perjalanan ke Lawas, bandar terdekat dengan penempatan tanah tinggi ini kira-kira 170 kilometer (km) memakan masa perjalanan antara enam jam dan tiga hari. Perasaan bercampur baur itu bagaimanapun terus hilang apabila melihat keindahan landskap hutan pergunungan di pedalaman Sarawak sepanjang perjalanan 45 minit dari Miri.Tambah menarik apabila pesawat kecil Maswings Twin-Otter itu turut melewati puncak tertinggi Sarawak iaitu Gunung Murud (2423 m) dan Batu Lawi, setinggi 2046 m.Cuaca nyaman pergunungan dan alunan muzik tradisional dari Bamboo Band, masyarakat Lun Bawang menyambut kedatangan kami sempena Fiesta Epal Ba’ Kelalan.

Benar apa dihebahkan, penduduk di sini amat mesra bertanyakan khabar sambil menghulurkan tangan bersalaman membuatkan penulis rasa dihargai. Kaum lelaki yang segak dengan jaket daripada kulit pokok hutan dan topi ala koboi atau ibu yang dibaluti kebaya Jawa lengkap dengan perhiasan kepala peta serta lilitan pinggang dipanggil bane. Layanan mesra dengan senyuman tulus itu terus menemani kami untuk tiga hari berikutnya.Pagi pertama, kami dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk ke Buduk Bui untuk melihat pemerosesan garam Ba’ Kelalan secara tradisional.

Sehingga kini, ada tiga lokasi utama lubang garam di Ba’ Kelalan iaitu telaga air masin yang diusahakan secara bergotong-royong iaitu di Buduk Nui, Punang Klalan dan Sungai Kumat.Baru Itang yang mengambil giliran menghasilkan garam itu berkata, penduduk menggunakan garam komersial berikutan penghasilan garam tradisional agak merumitkan.“Garam ini perlu dimasak dalam kawah selama 24 jam dengan api marak untuk menyejatnya bagi menghasilkan hablur garam,” katanya.

Pengunjung berpeluang membeli garam yang dipercayai mengandungi mineral yang tinggi ini pada harga RM10. Jika di bandar seperti Miri, harganya mencecah RM25.Ketika kunjungan, kami turut dihiburkan persembahan tarian kaum ibu selain demonstrasi pembuatan sarung parang dan perhiasan tradisional.


Hidangan yang disajikan cukup menarik dengan ayam yang dimasak dalam buluh, nasi kampit dalam daun pokok hutan selain emping daripada beras adan. Budaya masyarakat ini turut kami hayati apabila singgah di Buduk Bui yang membawa makna puncak angin, gong di palu di atas bukit sebagai cara komunikasi kepada penduduk di sekitar lembah. Berjalan merentasi Lati’ Ba atau sawah padi membawa kami ke Long Langai mencatatkan pengalaman manis apabila berpeluang melihat tradisi ‘ngelidik’.

Ia adalah kerja membersih dan membajak sawah sebelum menyemai anak padi yang lazimnya dilakukan mulai Mei, sebelum musim menanam sekitar Julai atau Ogos.Uniknya, kerja ini dilakukan pasukan ‘musang’ iaitu ahli kampung terpilih yang dilantik atas semangat gotong-royong.Dari sini, kami dibawa menjejak denai ke hentian terakhir di Long Rusu, kampung yang menempatkan gereja, sekolah rendah dan padang awam.

Sebelum sampai di hentian terakhir ini, kami dihidangkan dengan jamuan teh dalam gelas buluh. Pada tahap ini, peserta turut merasai umbut daripada pokok hutan yang baru ditebang. Menariknya, teh disimpan dalam batang buluh panjang ini turut dijamu kepada ‘musang’ selepas mereka bertungkus- lumus mengerjakan sawah.

Dek menempuh perjalanan panjang dan beberapa kali dijamu, perut tidak dapat menerima beras adan apabila waktu menghampiri lewat petang. Hari berikutnya, kami melawat kebun epal yang dianjurkan Tourism Malaysia.Mungkin bukan langkah kanan, hasil kebun ini hanya dijangka masak pertengahan bulan depan.

Alang-alang sudah sampai, masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar di kebun epal. Ratusan pohon epal ini meliputi empat jenis iaitu Rome Beauty, Granny Smith, Anna dan paling popular, Ba’ Kelalan atau nama asalnya, Mana Lagi.

Menurut Pengarah Borneo Jungle Safari, Sandra Mugal Tagal, jika datang kena pada masanya, perut akan sebu disumbat pelbagai juadah berasaskan epal selain menikmati hasil buah yang mencecah hampir satu tan.

Pagi terakhir di sini, kebanyakan wakil media bangun seawal 5.30 pagi semata-mata untuk mendaki trek sejauh 700 meter untuk ke titik pandang, Sarui Viewpoint.Perjalanan menempuh tebing curam ternyata berbaloi apabila dapat merakamkan Budur Nur dalam cuaca berkabus walau digigit sejuk udara pergunungan.

Ada rakan menyamakan udara dingin seperti New Zealand dan landskap semula jadinya seperti Switzerland. Namun, mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sini pasti bersetuju tiada lagi destinasi lain di negara ini memiliki apa yang ditawarkan di Ba’ Kelalan.

>Info
Pengunjung dalam kumpulan kecil boleh meneroka perkampungan menggunakan motosikal scrambler atau kenderaan pacuan empat roda. Bawa sapu tangan untuk perlindungan daripada habuk.

Ba’ Kelalan juga menjadi titik mula untuk perjalanan tiga hari mendaki Gunung Murud (2423 m) dan Taman Negara Ulong Tau.

Sempadan negara terletak kira-kira 4 kilometer dari Buduk Nur. Ba’ Kelalan juga menjadi pintu masuk untuk ke Taman Negara Kayan Mentarang, Krayan, Kalimantan.

Jurupandu berpengalaman dan dokumen pengenalan diri diperlukan jika anda mahu menyeberang sempadan. Bersedia untuk pemeriksaan keselamatan.

Borneo Jungle Safari (085-422595) menyediakan pakej pelancongan ke Ba’ Kelalan meliputi penginapan, merentas denai dan pengalaman mendekati budaya masyarakat setempat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails